CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 9, 2008

Finally... We've Made It!


Salam. Syukur alhamdulillah, akhirnya segala usaha dan titik peluh kengkawan committee telahpun membuahkan hasil. Bagi pihak penganjur, kami amatlah berterima kasih kepada semua yang telah hadir memberi sokongan. Tak lupa untuk yang tak hadir, tapi tetap memberikan sokongan. Terima kasih lah kepada semua! Dan TAHNIAH kepada committee!

So, setelah seminggu berlalu sudah, baru nilah berkesempatan nak upload some of the pics and rentetan peristiwa kegumbiraan kami sepanjang di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Dan kawan-kawan yang hadir termasuklah.....: Asma, Bodong, Izlan, Nurul, Musfira, Elyana, Shadot, Fendy Ali, Fadzly, Nanne, Mikel, Astern, Irman Dolmat & Fazlina MJ.

************************************

Perjalanan kami sepatutnya bermula jam 1 pagi dari KL. Tapi oleh kerana beberapa sebab saling tunggu-menunggu, maka ia tertangguh sehingga hampir jam 2petang. Biasalah, baru janji melayu kan :p Start je, kami kumpul kat rumah Bodong, Trime kasih mak Bodong sebab jamu air ngan buah-buahan tempatan yang menggembirakan orang Germany & orang Ireland.

Bergerak je, Mikel dah meronta-ronta nak makan dulu. Sebab kita tumpang barang kat keta dia, kita pun singgah la Bangi untuk makan.

Sesudah kekenyangan, lagak-lagak taiko ini pun kembali menyambung perjalanan ke PD. Kengkawan dari arah bukan KL dah mula tepon tanya. Ihiks, sib baik Bangi-PD tu dekat. Dengan 3 biji kereta, keta Mikel, keta Izlan & keta cik Astern, kami pun merentasilah highway ke PD. Borak punya borak... sampailah sudah kat PD.

Tapi sebelum check-in, bagi kitorang yang ikut different route dari keta Mikel (yang dinaiki para taiko), kitorg pun sempatlah bergambar kat Muzium Tentera Laut PD. Ye ke itu nama dia? Ahahahaha.... Lepas tu kitorang pun check-in la. Bilik didapati berlebihan. 'Rooms' yang dikatakan agen rupanya apartment 2 bilik. Memang boleh main guling-guling la kan. Sementara menunggu kengkawan dari arah Melaka & Senawang sampai, kitorang pun dah start buat bara untuk BBQ. Tapi budak laki ngelat, derang gi maen swimming pool dulu!


Inilah wajah-wajah mereka yang bergotong-royong membakar BBQ sambil mengisi perut masing-masing yang dah kembali berbunyik. Sibbaik Asma pesan soh siapkan awal-awal, so by 8pm dah bleh makan, katanya. Tengok Nanne, semangat tu.. mane taknya, still pakai tudung keja tau! Kue kue kue... Irman pun sampai tak lama kemudian....


Tapi sempat jugak, berangan masa nak tunggu sunset... dan hasilnya................

Chantikkan????
Lagi chantik dan bermakna if you were there also with us!

Nyummi tak??? Credit to Astern yang penuh keghairahan amek gambar ni! Serius terliur!


Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tibalah.... di mana Faz pun dah sampai ngan Shadot. Sebab Cikgu Faz nak kena balik awal ke Alor Gajah, so kawan-kawan pun teman dia makan dulu. Tatau lah Cikgu kenyang ke tak... cikgu balik pun tak prasan bila. Sorry ye cikgu kalau serba kekurangan.


Dan terima kasih jugak untuk YB Fadzly, merangkap orang kuat-kuat MPPD yang turut melarikan diri dari event opisnya dan bersama-sama kita. Oh terlupa plak. Credit untuk durian yang YB bagi atas permintaan Fendy & Asma.. sedapppp durian tu.

Lepas tu, kitorang ada tukar-tukar hadiah. Semua orang bawak hadiah. Maen cabut undi, and bagilah hadiah yang kita bawak tu kat kawan yang tercabut namanya tu. Fun! Memang fun. Tapi sayangnya, bateri camera dah abis pulak masa tu. Sambil muncung kat Bodong yang sebok layan camera time makan :p Ada rezeki, nanti kita kumpul dari kawan-kawan lain okay?!

Lagi best?? U guys should really be with us that nite! We've played Zup..Zau... and Zapp! Sangat fun! Tak sangka, game yang mudah tu akhirnya men-drag sampai ke midnite. Main takdelah terer mana. Tapi gelak ketawa yang betul-betul buat penganjur rasa sangattttt berterima kasih.

Ada satu teka-teki mudah.... tapi mencabar woo! Sapa tau jawapan, bleh mintak adiah dari Asma or Nanne ok? Mana satu pepatah MELAYU yang betul?

Ketuk dulang paku serpih??? Ke.... Mendulang paku serpih???

Jangan marah!!!!!

Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun. Semayang Subuh jemaah kat surau. :) Jeling-jeling bebudak laki yang bangun awalssss. Hari hujan, kuciwa! Tapi kitorang terus siap-siap untuk breakfast. Alah ramainya orang. Tapi makan tetap makan. Brape pinggan sorang? 2 3 pinggan..... buah-buahan!

Lepas dah kenyang, kitorang tunggu pulak si Futra yang tak tiba-tiba. Mikel pulak dah kena balik. Katanya ada gefren tunggu kat KL. Miahahahaha... jangan marah aaa Mikel! Sampai je Futra, ngam-ngam hujan pun berenti. So tanpa ragu-ragu kami terus berlari-lari ke pantai.


Sampai pantai, mesti la kena pose dulu seround dua kan. Hati dah meronta-ronta nak mandi laut... tunggu bola lambat sangat... terus lah gais-gadis ini menerjunkan diri ke lautan masin PD itu. Ehhh pantai PD dah bersih ok. We should be very thankful to MPPD ;)


Dalam dok basah-basah tu... kita ikut jugakla schedule seperti awal plan. Maen volleyball. Tapi diorang ne, gambar atas, memang kaki posing. Lepas served eround, posing selalu~!


Teringat tak court kat maktab dulu? Ahahaha... kalaulah semua aksi-aksi derang bleh dimasukkan dalam camera and share with everyone, memang this is the best memories we'll remember! Thanks to akak-akak baju merah yang jugak buat event at the same resort.

Selepas penat beraksi sukan, masanya untuk ke laut!!!!!!!!! Ke laut kita! Tapi posing untuk camera itu pasti. Teringat ayat Bodong; Aku tak suka pegang camera, nanti gambar aku sikit. Hahaha, memang gila camera punya statement :p After that, we decided to have the fun-adventure moments by riding the banana boat.


Serious discussion wasnt it???

Aku suka gambar ni. Cerita dalam cerita. Tapi tatau lah korang suka ke aku sorang je yang suka :D

Akhirnya, naiklah juga kami tunggangan laut yang sering kedengaran jerita penumpangnya. Cuak tak? Cuak gakla sket! Hahaha... tapi macam bosan je jugak :) Nak terbalik tengah-tengah??? Tak nak aku.. tak pandai berenang Sibbaik benda tu atas permintaan je. Hueheuhue. So bergembiralah kami... merentasi lautan PD.


Dan, atas sebab-sebab tertentu, mereka berdua ni kena teman abang driver boat naik boat. Bukan sebab tak muat banana boat tu... tapi mungkin gak kot. Sambil jeling-jeling *winks* kat Nanne ngan Asma.

Terbalik??? Terbalik la di hujung. Tapi kata Ely, kitorang jatuh awak sebelum maa dijatuhkan. Ha ha ha. Kelaka tak? Tapi kewl~! Thanx to Ely yang sudi snap gambar-gambar ini. Lepas dah penat bermandi-manda, hujan pun dah turun semula... kami pun naeklah berkemas. Masa pun dah nak check-out. Packing dan berkumpul semula di lobi. Datang byk barang... balik pun banyak jugak! Confuse sungguh!


Ni gambar masa tunggu Asma nak tolong check-out kan the whole group. Mekasey Asma. Lepas tu ada gak amek gambar reramai. Mintak tolong budak hotel yang amekkan. Mana? Ada kat posting sebelum ni. Dan akhirnya, hampir pukul 1tgh hari, bergeraklah secara konvoi kami ke Teluk Kemang untuk makan tengah hari di bawah biayaan Asma :p


Dan akhirnya, this was the last shot we took before the dismiss. Thank you to everyone. Walaupun ada penat-penat siket, but I really hope that everyone was enjoying themselves. Thank u... thank u... thank u!


Diharap, next reunion akan lebih ramai lagi. Tapi Mussfira kata; Boleh tak lepas ni, reunion ke orang lain yang handle pulak? Ahaha boleh ke???

Biar penganjur nak jawab bagi pihak...

Tak boleh sebab dah ada planning nak buat bukak posa kat Bora Ombak Ampang?!
Cun tak??? So, waiting for your feedback before the Ramadhan.

Sekian laporan saya. Agak-agaknya, macam ni karangan laporan aku masa PMR dulu??? Patutla.............~!




3 comments:

izlan said...

good jobs mus

JACKIE said...

oh tq tq :) am not working alone.
tq for ur spirits too.

e y r a . t a j u d d i n said...

eh bleh plak selambe pki acc boss aku.. kua kua kua...